F - - Therapy - -: September 2016

Self-reflect.



Salam penulisan pertama semua.

Sudah lama aku meninggalkan dunia ini; dunia penulisan di dalam laman sesawang. Kalau dulu, akulah orang pertama yang akan menulis tentang setiap perkara yang aku lakukan, tempat yang aku lewati dan sebagainya.

Dan apa yang aku rasa kini, zaman itu sudah lama berlalu. Terlalu lama. Sudah jauh aku meninggalkan zaman dan usia aku ketika itu. Usia yang penuh dengan segala rencah hidup; pahit manis liku-liku kehidupan. Terlalu banyak untuk diceritakan satu persatu.Yang pasti, setiap yang telah terjadi itu, ada hikmahnya yang tersendiri. Kalaupun bukan, pasti aku tidak akan pelajari apa-apa tentang kehidupan. Maka, aku harus bersyukur selalu:)

Dan kini, aku menjejak ke usia dua puluhan tahun, usia di mana bukan sesuatu yang harus aku banggakan sebenarnya. Tapi usia yang harus aku takuti dan aku penuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat untuk diri. Kerna seusiaku, sudah ramai yang telah berjaya, berjaya membina empayar sendiri, berumah tangga dan sebagainya. Tapi aku? Ahah, masih begini.

Kerna itu, aku perlu lakukan sesuatu. Mencari lubang-lubang ilmu untuk menambahkan kefahaman, menggarap bakat dan mencuba mengeluarkan potensi diri. Kerana bukankah tiap-tiap kita ada kelebihannya?

Jadi, selama mana ada ada peluang, cubalah dimanfaatkan sebaiknya. Lagi-lagi kita ini, mahasiswa. Kerana mahasiswa seperti kita inilah nanti akan menjadi ejen perubahan kepada masyarakat sekeliling.

Kerana apa?
Kerana masih ramai lagi yang inginkan peluang seperti kita, tapi tidak mampu untuk bersama kita.